Islam Hadhari = Masjid Dhirar

Listed by burhanuddin othman

Slideshow image

Masjid Dhirar yang dibina oleh puak munafik zaman Rasulullah s.a.w. bertujuan memerangi islam dengan berselindung disebalik simbol islam dan disifatkan oleh Allah sebagai:

"membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu."

 Inilah tujuan sebenar mengapa UMNO sedaya upaya mempertahankan Islam Hadhari bagi berdepan dengan kemaraan PAS dan menunjukkan mereka tulus ikhlas dalam melaksanakan kerja Islam.

Lihat sahaja di Terengganu dengan membazirkan duit rakyat membina Masjid Kristal ditengah2 Pulau yang didiami beberapa kerat penduduk lantas cuba dibandingkan dengan tiada usaha kerajaan Kelantan untuk membina masjid-masjid besar.

Apa yang menarik bagaimana Tuan Guru menjawab kritikan tersebut dengan bertanya " Lebih ke Pahala orang yang solat dimasjid mewah tu dengan surau biasa nih?"

Mereka mengatakan mereka pendokong Islam Hadhari tapi bebas meraba dan mengucup perempuan ajnabi.  

Ayuh pemuda-pemuda kita mari kita runtuhkan ajaran sesat 'Islam Hadhari' sebagaimana Rasulullah mengarahkan sahabatnya meruntuhkan Masjid Dhirar sebelum baginda tiba di Madinah sekembalinya Baginda dari peperangan tabuk. Kekeliruan ini mesti di hancurkan!!

 




Tools Printer Friendly Version of This Page Email This Listing to a Friend

This listing has been viewed 984 times.
Contact admin | About us | Term Of Use | 7

Disclaimer: We shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.