Lawatan ke Pusat Sains
Lazimnya program lawatan Tadika As-Syakirin Desa Sri Jenaris merupakan aktiviti rutin tahunan yang tidak boleh dilupakan. Ianya menjadi program di dalam kalendar takwim tadika.
Bagi menceriakan dan menambah daya fikir murid- murid tadika As-Syakirin menerima asuhan dari Guru- guru mereka, mereka didedahkan juga dengan aktiviti lawatan di luar seperti mengadakan lawatan ke Zoo Negara, High-5 BreadTown, Kilang Coklate, Planetrium Negara dan sebagainya supaya fikiran mereka lebih terbuka dan minda tidak terkongkol aktiviti di dalam kelas sahaja.
Bagi tahun 2009 masihi/1430Hijriah kali ini murid-murid Tadika As-Syakirin Desa Seri Jenaris di bawa melawat Pusat Sains Negara yang terletak di Bukti Kiara. Lawatan diadakan pada 12 hb. November 2009 (bersamaan 24hb. Z.Kaedah 1430H). Rombongan seramai lebih 40 orang pelajar diiringi seramai empat orang Guru terdiri daripada Guru Besar(Cikgu Yati, Cikgu Hasliza, Cikgu Wan Maimunah dan Cikgu Munirah).
Rombongan sampai ke Pusat Sains sekitar 9.30 pagi dan aktiviti pertama yang dilawati adalah melawat sekitar kawasan pameran Pusat Sains. Tayangan video dan aktiviti anak- anak ceria turut diadakan oleh pihak Pengurusan Pusat Sains Negara.
Lawatan ini memberi pengertian yang besar kepada murid- murid Tadika As-Syakirin khususnya bidang Sains dan Teknologi.
Rombongan bergerak pulang pada jam 12.30 tengahari dan anak-anak diberikan makanan tengahari.
|
|
This listing has been viewed 280 times.