MP PAS Hulu Langat: Sesi soalan jawab lisan, 12 Nov. 2008

Listed by burhanuddin othman

Slideshow image
Soalan
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan piawaian yang digunakan oleh Kerajaan bagi menilai tahap kepimpinan seseorang mahasiswa dan graduan yang dihasilkan oleh universiti. Apakah faktor keseimbangan Emotion Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ) turut diambil kira di dalam menentukan kecemerlangan seseorang mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai program berbentuk kurikulum dan kokurikulum yang bersifat holistik telah disediakan di IPT di samping keseimbangan Emotion Quotient atau EQ dan Spiritual Quotient atau SQ meliputi akademik sahsiah, kemahiran insaniah dan kepimpinan.

Program ini bertujuan untuk melahirkan para pemikir ilmuwan sarjana, tenaga kerja mahir, dan separa mahir yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996. Kementerian juga turut menganjurkan beberapa program yang dapat membantu meningkatkan keterampilan pelajar seperti program pengantarabangsaan pelajar, kursus kepimpinan, program pembangunan sahsiah dan sebagainya. Sekian.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menawarkan latihan kepimpinan ESQ ini yang boleh memberi kesan yang positif dalam melahirkan kepimpinan mahasiswa, kerana saya juga telah mengikuti Program ESQ 165, saya dapati kesannya agak baik.

Jadi adakah kementerian membenarkan pihak syarikat swasta menganjurkan program ini di dalam kampus? Terima kasih.

Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT memang peka kepada apa-apa permintaan sama ada diberikan oleh pihak swasta ataupun pandangan sarjana. KPT kalau melalui kursus yang kita tawarkan ini, pelbagai program sama ada kurikulum mahupun kokurikulum yang bersifat holistik serta mengambil faktor keseimbangan Emotion Quotient dan Spiritual Quotient itu telah kita adakan dalam kursus-kursus yang kita kendalikan sekarang. Sekian.




Tools Printer Friendly Version of This Page Email This Listing to a Friend

This listing has been viewed 923 times.
Contact admin | About us | Term Of Use | 6

Disclaimer: We shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.