MP PAS Hulu Langat dan Kota Raja: Projek Homestay bukan projek untuk kawasan dim

Listed by burhanuddin othman

Slideshow image
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Di Hulu Langat ini ada homestay dan saya difahamkan pihak Kementerian Pelancongan telah pun memberi peruntukan untuk menyediakan kemudahan asas, tetapi apa yang saya ingin penjelasan dari segi maintenance sama ada maintenance homestay itu dan juga kebersihan di sekitarnya, adakah pihak kementerian juga bertanggungjawab atau menyerahkan kepada agensi-agensi lain? Terima kasih.

 

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Berkaitan dengan homestay juga. Yang Berhormat Menteri saya tadi dengar ada surat yang dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Program Homestay ini. Setahu saya kami tidak terima langsung apa-apa surat.

Adakah ia hanya untuk kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja kerana ini adalah program, projek untuk rakyat bukan untuk kawasan-kawasan yang dimenangi sahaja, sila jelaskan.

Tuan Yang di-Pertua: Homestay sudah selesai, selepas ini sudah tidak ada homestay lagi. Sila.
Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat Kimanis dan juga Yang Berhormat Hulu Langat. Berkenaan dengan Yang Berhormat Kimanis, mengenai homestay, bantuan yang diberi oleh kementerian selalunya lebih kepada menaik taraf bilik air, Tuan Yang di-Pertua.

Itu selalunya daripada segi peraturan dasar yang diwujudkan oleh dengan izin EPU. Berkenaan dengan kawasan-kawasan persekitaran saya menjawab dari segi Yang Berhormat Jempol bertanya, kita ada memberi peruntukan untuk menaik taraf kawasan-kawasan di mana adanya premis homestay. Jadi ini memberikan erti bahawa ia tertakluk kepada setiap kawasan dan setiap permohonan Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Hulu Langat. Memang sebenarnya pada tahap pertama, fasa pertama kita telah menulis kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan kita pun telah merasmikan Director Homestay Zoom Malaysia. Jadi daripada publisiti yang wujud di surat khabar bagi pihak kementerian kita hendak melihat dari segi kesan, keberkesanan produk projek homestay tersebut.

Jadi kalau Yang Berhormat daripada parti pembangkang ingin menuliskan surat untuk membuat permohonan pun kita tidak ada masalah, itu mungkin boleh dilihat dari segi fasa kedua, tetapi dalam aspek fasa pertama sekalipun kesan daripada kawasan yang kita lihat adanya kesan yang positif, ada kesan yang tidak positif.

Rujuk: Sesi Pencelahan penggulungan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina binti Othman Said, 3 November 2008, ms 93-94




Tools Printer Friendly Version of This Page Email This Listing to a Friend

This listing has been viewed 1087 times.
Contact admin | About us | Term Of Use | 7

Disclaimer: We shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.