Semalam 18 Sya'ban 1430 Hijrah bersamaan 9 Ogos 2009 masihi telah berlangsung Temasya Sukan Tadika Ass-Syakirin bagi kali kelapan.
Temasya Sukan Tadika Ass-Syakirin yang bermula 8.45 pagi diserikan bacaan doa oleh S'dra Husairi Abdul Hamid (AJK Pengelola Tadika Ass-Syakirin), ucapan alu- aluan oleh S'dra Afendy (selaku AJK Ahli Lembaga Pengelola Tadika Ass-Syakirin) diikuti oleh ucapan aluan oleh S'dra Hj Kamaruzaman Ismzil(selaku Pengurus Tadika Ass-Syakirin) seterusnya majlis perasmian oleh Pengerusi PASTI Kawasan Hulu Langat iaitu S'dra Akmal Hisham Jasni yang juga merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat.
Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan bagi kanak- kanak dan pelajar Tadika Ass-Syakirin termasuk 4 acara iaitu 3 acara terbuka ibubapa dipertandingkan serta 1 acara kanak- kanak di bawah usia 4 tahun.
Seramai lebih daripada 90 orang pelajar yang juga kanak- kanak Tadika Ass-Syakirin menyertai acara sukan dan perbarisan, nyanyian lagu tadika(lagu amar), dan negaraku serta ikrar pelajar. Di dalam temasya sukan tersebut Jawatankuasa Pengelola telah menjemput ketua- ketua pertubuhan dan masyarakat setempat sebagai tetamu antaranya Presiden Persatuan Penduduk Desa Sri Jenaris(Hj Zubir), Pengerusi Surau Jenaris(Imam Mahar Affandi Sahruddin), Ketua Cawangan Jenaris(Hj Abdullah Aceh), Pengerusi Pasti As-Syakirin Kantai Permai dan Pengerusi Pertubuhan Khairat Jenaris(Hj Abdul Rashid).
Di dalam majlis tersebut hadiah dan sumbangan wang tunai telah diberikan kepada kanak- kanak dan pelajar yang telah mewakili Tadika Ass-Syakirin di peringkat kawasan dan negeri. Juara keseluruhan temasya sukan bagi kali ini(tahun 2009) dimenangi oleh Rumah Biru, diikuti rumah Merah, Hijau dan Kuning.
Jawatankuasa Pengelola Tadika Ass-Syakirin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan serta kehadiran tetamu-tetamu terutama para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghadiri Temasya Sukan pada tahun ini. Bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Tadika Ass-Syakirin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Guru- guru dan semua pihak yang terlibat menjayakan Temasya Sukan tersebut.
Sekalung Ingatan dan Ucapan Terima Kasih buat;
-Pentadbir Tadika Ass-Syakirin
-AJK Pengelola Tadika Ass-Syakirin terdiri daripada ;
1. Pengurus : S'dra Hj Kamaruzaman bin Ismail
2. Penolong Pengurus: S'dra Azahar Abu Hassan
3. Setiausaha: S'dra Fauzi Atan
4. Bendahari: S'dra Mohd Fuad bin Jaafar
5. AJK Pengelola: Afendy Yusof
6. Zulkarnaen Karman
7. Mohd Ridhuan Affandi
8. Husairi Abdul Hamid
9. Hazlan
10. Abdul Halim
11. S'dra Abdul Rahman Manaf(AJK Kecil Makanan/Minuman)
12. S'dra Budin
13. Guru- guru: Cikgu Ju, Cikgu Liza, Cikgu Wan Fatimah dan Cikgu Munirah.
Tools
Printer Friendly Version of This Page
Email This Listing to a Friend
This listing has been viewed 532 times.