Dato' Husam di AwaniListed by Afendy YusofTarikh Aktiviti: 02/12/2009
|
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa diundang sebagai tamu studio Agenda Awani, sebuah rancangan terbitan Astro saluran 501 malam ini.
Rancangan secara langsung 30 minit itu dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman, dan dijangka membincangkan tajuk 'Banjir dan Inovasi di negeri Kelantan'.
Rancangan tersebut akan berlangsung jam 8.15 hingga 8.45 malam ini.
Sumber memberitahu, selain hal berkaitan pembangunan di negeri Kelantan, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Negeri akan menyentuh perkembangan terbaru berkaitan tuntutan royalti kerajaan negeri terhadap pusat.
Dato' Husam Musa merupakan bekas Naib Presiden PAS yang juga AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Kelantan.