Tazkirah Ramadhan

Listed by Afendy Yusof

Tarikh Aktiviti: 08/09/2009

Program Tazkirah bersama Ketua Pemuda PAS di Masjid Jamek Pekan Kajang berjaya diadakan selepas Solat Isyak dan sunat terawih secara berjamaah. Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Al-Tantawi tidak dapat hadir kerana keuzuran dan beliau digantikan Saudara Kamurizaman Mohamad merupakan Setiausaha DPPP. 

Lebih daripada 100 orang jamaah hadir termasuklah saf kepimpinan Kawasan, Pemuda dan Muslimat termasuk jamaah sekitarnya. Solat Isya dan terwaihkan diimamkan oleh Imam bertugas. Program tazkirah yang bermula 09.35 malam berakhir 40 minit kemudianya. Antara mesej penting yang disampaikan oleh Saudara Kamaruzaman supaya Umat Islam meningkatkan amalan soleh seperti puasa,zakat serta sunnah Rasulullah mana yang telah difardhukan kepada umat terhadulu.

Beliau juga mengingatkan betapa penting individu Islam terlibat di dalam gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam sebagai Cara Hidup dalam semua bidang. 

 

 




Tools Printer Friendly Version of This Page Email This Listing to a Friend

This listing has been viewed 471 times.
Contact admin | About us | Term Of Use | 9

Disclaimer: We shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.